khas kpd kwn2 yg msih mncari2 pkrjaan spt aku...
nie ade tips sekiranya anda bertuah untuk ditemuduga oleh mana2 syarikat di Malaysia nie....
1. Sedikit info tentang Jawatan/Syarikat yang dipohon
Sebelum menghadiri temuduga, anda perlu membuat
kajian tentang jawatan yang anda pohon. Antara
kegagalan calon ialah tidak tahu skop jawatan yang dipohon.
Jika anda memohon kerja di syarikat swasta, jangan lupa
buat sedikit kajian tentang syarikat juga supaya anda mendapat gambaran
umum tentang syarikat. Dengan melakukan perkara ini,
ia akan meningkatkan kredibiliti anda kepada penemuduga
dan membantu anda mencipta soalan-solan yang boleh
ditanya kepada penemuduga.
2. Tahu Di Mana Lokasi tempat temuduga
Pastikan anda tahu lokasi tempat temuduga tersebut dan
bagaimana anda boleh ke sana. Berapa lama masa
yang diambil untuk sampai ke sana? Adakah anda
tahu nombor telefon dan dengan siapa anda akan
berjumpa? Bagaimana dengan tempat letak kenderaan?
Dengan mengetahui perkara ini anda boleh
menjimatkan masa anda dan mengelakkan tekanan
yang mungkin anda hadapi jika tercari-cari
tempat tersebut ketika hari temuduga nanti.
3. Pakaian
Pakaian anda haruslah kemas, menarik dan
kelihatan profesional. Walaupun anda tidak
begitu arif tentang budaya syarikat, adalah
lebih selamat jika anda mengenakan pakaian
yang agak konservatif. Sekiranya ketika
anda datang nanti semua orang disitu memakai
seluar jeans dan t-shirt sahaja, anda
tetap akan nampak lebih baik jika datang
dengan pakaian yang kemas. Namun, sekiranya
anda sudah tahu tentang budaya syarikat,
tidak salah untuk anda berpakaian sedemikian.
Selain itu, pastikan rambut anda disikat
dengan kemas dan rapi dan kuku anda dipotong
dan dijaga dengan baik.
4. Temuduga Olok-olok
Pastikan anda bersedia dengan soalan-soalan
yang biasa ditanya ketika temuduga seperti
What are your strengths and weaknesses?
(Apakah kekuatan dan kelemahan anda?), Why do
you want to work here? (Kenapa anda ingin
bekerja di sini), Why should we hire you?
(Kenapa kami harus menerima anda bekerja),
dan soalan paling popular iaitu Tell me about
yourself (Beritahu saya tentang diri anda).
Buat satu temuduga olok-olok bersama dengan
rakan anda untuk bersoal jawab tentang soalan-soalan ini.
5. Dapatkan Rujukan Yang Membantu
Dapatkan sekurang-kurangnya tiga orang
rujukan – bekas majikan, rakan sejawat,
pensyarah - yang sanggup menjadi rujukan
profesional anda. Pastikan anda mendapatkan
kebenaran mereka terlebih dahulu. Lebih
penting lagi mereka mampu untuk bercakap
tentang diri anda jika dihubungi oleh bakal
majikan anda nanti.
6. Datang Awal
Pastikan anda datang sekurang-kurangnya 15
minit lebih awal sebelum sesi temuduga.
Sesudah sampai cari mana-mana cermin yang
terdapat dalam syarikat tersebut dan lihat
penampilan anda terlebih dahulu. Kemudian
maklumkan kepada penyambut tetamu tentang
kehadiran anda dan beritahunya ada temujanji
untuk temuduga. Selain itu, matikan telefon
bimbit supaya ia tidak mengganggu ketika
pertemuan anda dengan penemuduga nanti.
7. Bawa Dokumen Yang Diperlukan
Buat satu senarai dokumen-dokumen yang
diperlukan semasa temuduga. Dokumen ini
termasuklah salinan resume anda, kad
pengenalan, sijil-sijil yang berkaitan.
Kemudian, susun dokumen ini dengan baik.
Pastikan susunan salinan fotokopi sama
dengan susunan salinan asal. Ini bagi
memudahkan penemuduga membuat rujukan.
Jika anda graduan baharu, jangan lupa
bawa kesemua transkrip pengajian anda.
8. Jual Diri Anda!
Sesi temuduga ialah peluang untuk anda
menyinar. Ia bukan masa untuk merendah diri.
Bina satu pernyataan ‘Mengapa anda?’.
Anda perlu memasukkan kekuatan-kekuatan
anda, kebolehan yang anda miliki dan keunikan
anda berbanding calon lain.
9. Bertanyakan Soalan
Penemuduga akan tertarik dengan calon yang
menunjukkan mereka mengetahui banyak perkara
tentang syarikat. Oleh itu, berdasarkan
kajian anda sebelum menghadiri temuduga,
sediakan soalan untuk ditanya kepada
penemuduga. Antara soalan yang boleh anda
tanya ialah sejauah mana jawatan itu memberi
kesan kepada matlamat dan rancangan syarikat di masa hadapan.
10. Tindakan Susulan
Sesudah selesai satu sesi temuduga, perkara
penting yang anda perlu anda lakukan ialah
menghantar satu email penghargaan atas masa
yang diluangkan serta pertimbangan yang
mereka lakukan. Nyatakan juga anda sangat
berminat dengan jawatan tersebut serta akan
komitmen yang sepenuhnya terhadap jawatan
yang ditawarkan. Selepas itu, jika anda masih
tidak menerima apa-apa berita daripada
penemuduga dalam tempoh seminggu, hubungi
mereka semula. Tanya dengan baik bilakah
mereka akan membuat keputusan berkenaan temuduga
yang anda hadiri.
Mudah-mudahan sedikit perkongsian ini memberikan anda
sedikit momentum gerak atur yang baik untuk ke sesi
temuduga kerja anda
dipetik drpd:
tipsptd.com/blog

0 comments:
Post a Comment